BUANG BAYI : APA YANG PAS TELAH USAHAKAN

>> Monday, March 29, 2010

Nampaknya semuia media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut. Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini. Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat. Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini. PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah. Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.
Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;
-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.
-Pemuda Pas melalui program “Duta Penyelamat” yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.
-Pemuda dan Nisa’ turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.
-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.
-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.
-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi
-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.
-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.
-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.
- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.
-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.
-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.
-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.
-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.
-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.
-Program Unit Amal dan Nisa’ sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.
-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.
-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat. Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ust. Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

Fasal 72 - Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Kawasan

>> Saturday, March 27, 2010

(1) Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya
sekali dalam setahun sebelum daripada berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Negeri itu. Satu notis hendaklah dihantar kepada
ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh muktamar hendak diadakan.
(2) Mesyuarat Agung Khas Dewan Muslimat PAS Kawasan bolehlah diadakan beberapa kali
dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan atau satu pertiga daripada Jawatankuasa Kerja Muslimat PAS Cawangan dalam Kawasan itu. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
(3) Ahli bagi Mesyuarat Agung Tahunan/Khas Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah:
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-Cawangan.
(d) Tidak lebih dari lima orang Muslimat PAS Cawangan yang dilantik di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan -cawangan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah
satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah Pengerusi
Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiaptiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan yang ada pemilihan.

(6) Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan berkuasa mengangkat tidak lebih tiga orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih tujuh wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri.

Read more...

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN-KAWASAN

>> Thursday, March 25, 2010

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh: 27 Mac 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Teratak Amal, Bongek

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SEREMBAN
Tarikh: 27 Mac 2010
Masa: 3.00 petang
Tempat: Pejabat BPPNS, Betaria Seremban


DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JELEBU
Tarikh: 4 April 2010
Masa: 2.30 petang
Tempat: Markaz Pas Pasoh 2

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JEMPOL
Tarikh: 4 April 2010

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN KUALA PILAH
Tarikh: 10 April 2010

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMPIN
Tarikh: 17 April 2010

Mesyuarat Agung muslimat PAS kawasan TELUK KEMANG telah diadakan pd ketetapan berikut.
Tarikh : 15 Mac 2010
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pasti At Taqwa, Telok Kemang

Read more...

GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka. Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit. Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina. Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Ust. Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia - 28 Mac 2010

>> Thursday, March 18, 2010

Tarikh : 12 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Selangor


Anjuran : Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Sasaran Peserta :
1) Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
2) Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri / Wilayah Persekutuan atau Wakil
3) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimiliki oleh Ahli PAS
4) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimilik oleh NGO (seperti JIM, ABIM dll)
5) Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
6) Guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan Swasta
7) Guru-guru PASTI
Yuran Penyertaan : RM10 seorang


Di antara objektif konvensyen ini ialah untuk menghimpunkan tenaga pendidik wanita Islam, menyediakan platform untuk menyuarakan pandangan terhadap halatuju misi dan visi pendidikan secara holistik, meningkatkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai penjana modal insan yang seimbang dan menjalinkan ukhwah, kesefahaman dan kerjasama antara golongan pendidik wanita di seluruh Malaysia.
Senarai Nama berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Peserta daripada negeri masing-masing bolehlah diemailkan kepada salbila07@yahoo.com sebelum atau pada 23 Mac 2010 (Selasa).

Sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi :-
i) Saudari Norhaslinda, Sekretariat Program di talian 019-717 3415 atau
ii) Puan Wardatul Jannah As-Sofea, Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPP di talian 019-726 8937.

TENTATIF PROGRAM
8.00 pg : Pendaftaran
9.00 pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.05 pg : Ucapan Pembukaan Puan Wardatul Jannah As-Sofea Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat
9.10 pg : Ucapan Perasmian Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
9.30 pg : Pembentangan Kertas Kerja 1
Sistem Pendidikan di Malaysia : Satu Analisa Kritis
Pembentang : Dr Asiah Ali
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat
10.30 pg : Kudapan
10.45 pg : Pembentangan Kertas Kerja 2
Konsep Sistem Pendidikan Holistik : Satu Lontaran Inovatif
Pembentang : Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd
Pensyarah, Universiti Malaysia Pahang
11.45 : Pembentangan Kertas Kerja 3 -Program Pembangunan Modal Insan – SPIES
Pembentang : Dr. Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
12.30 tgh : Sesi Dialog
1.15 ptg : Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.30 ptg : Pembentangan Kertas Kerja 4
Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat
Pembentang : Ustaz Abu Bakar Cik
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
3.30 ptg : Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat
3.45 ptg : Resolusi
4.15 ptg : Perasmian Penutup & Penyampaian Cenderahati
4.30 ptg : Bersurai

Read more...

Jom Meriahkan sambutan Jubli Perak PAS Jempol

>> Tuesday, March 16, 2010


Read more...

KONVENSYEN TARBIYAH 2010 PAS NS

SEMUA PIMPINAN MUSLIMAT PAS NEGERI SEMBILAN DIJEMPUT HADIR. BERSAMA KITA SEMARAKKAN PROGRAM TARBIYAH DIKALANGAN PENDOKONG ISLAM.

Read more...

Persiapan Muslimat dalam menangani Fahaman Islam Liberal

>> Sunday, March 14, 2010

Pada 13 Mac 2010 / Sabtu yang lepas, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menjalankan program Liqa Fikri SIRI ke -2 bagi tahun 2010.

Dalam pengisian tersebut, Naqibah iaitu Dr. Asiah Ali (AJK Dewan Muslimat PAS PUSAT) telah memberikan beberapa contoh kes fahaman Islam liberal masa kini yang dikaitkan dengan hukuman sebat Kartika. Muslimat telah diperjelaskan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan sebagai AGEN PENERANG kepada masyarakat; mengenai pandangan sesetengah individu yang sanggup mengenepikan pandangan syariat semata-mata mengutamakan pandangan liberal.
Semua pimpinan Muslimat sewajarnya bijak menguasai isu semasa, banyakkan membaca dan yang paling penting mempunyai ilmu didada bagi memudahkan mesej dakwah dapat disampaikan ke dalam masyarakat.

Program yang dijalankan di PASTI Al Fadhil, Taman Bandar Senawang telah dipengerusikan oleh Pn Hjh Rashidah, Timb Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau. Program telah dihadiri oleh AJK DMPKR, muslimat MTD dan guru2x PASTI.

Read more...

PENGAJIAN DIPLOMA KEPIMPINAN ISLAM 2010

Dimaklumkan ILHAM N9 menganjurkan Pengajian Diploma Kepimpinan Islam Sesi April 2010.
2 wakil setiap Muslimat Kawasan / Dewan bagi pengajian sesi ini.
Berminat sila hubungi Ustaz Fuad 06-6797048 (pejabat) @ 019-3941353

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP