Hari bermuhasabah

>> Wednesday, December 29, 2010

Sedar tak sedar, dah hampir setahun masa berlalu. Menjelang awal 2011, sekali lagi kita akan berhadapan dengan mesyuarat agung tahunan atau AGM. Sewajarnya medan ini dijadikan tempat untuk menilai semula prestasi gerak kerja yang telah dilakukan selama setahun. Sebagai pimpinan, sesi muhasabah ini perlu dilakukan setiap hari. Tak perlu tunggu selama setahun untuk membuat penambahbaikan @ continual improvement. ianya wajar dilansungkan setiap waktu supaya apa yang dilakukan DAPAT DILAKUKAN dengan sebaik yang mungkin.
Berikut merupakan CADANGAN JADUAL MESYUARAT AGUNG PERINGKAT CAWANGAN-CAWANGAN , KAWASAN-KAWASAN, DEWAN-DEWAN BAGI TAHUN 2011.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Agung PAS Pusat mencadangkan Mesyuarat Agung Cawangan, Kawasan, Dewan-dewan dan Muktamar Tahunan PAS kali - 57 pada tahun 2011 diadakan seperti makluman berikut :

Read more...

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi) Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu.


Pakatan Rakyat
Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat
Berjuang membawa berkat
Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat

Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat

Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat
Walau mereka halang dan sekat
Namun pejuangnya tidak pernah penat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat

Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat
Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat
Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat

Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat
Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat
Kini menjadi harapan masyarakat
bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

Read more...

>> Saturday, December 25, 2010

Assalamualaikum....
Sekretariat Kita Bersaudara ( kerjasama antara Lajnah Penerangan & Dakwah & Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat) bersama-sama Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa menganjurkan 2 PERTANDINGAN UTAMA bersempena program SUA KASIH KITA BERSAUDARA.
Objektif utama pertandingan & program sua kasih adalah bagi menyuburkan rasa persaudaraan yang tulen dikalangan rakyat berbilang kaum di malaysia dan menentang sebarang bentuk perkauman... serta menyebarkan Islam itu Rahmatan Lil Alamin...
Semua RAKYAT MALAYSIA dijemput menyertai pertandingan ini... Sebarkan.
Layari www.kitabersaudara2011.blogspot.comatau hubungi sekretariat kitabersaudara di 0196208718 @ e-mail kitabersaudara2011@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Read more...

AYUH PENIAGA NEGERI SEMBILAN PERLU BANGKIT

>> Saturday, December 11, 2010


Nampaknya Menteri Kerajaan BN ini tidak memahami kesusahan dan keperitan peniaga dalam mencari rezeki setiap hari. Ada peniaga yg hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau mereka tak naikkan harga jualan macam mana nak UNTUNG.... Peniaga ini pun bukan sesuka hati naik harga barang. Ini semua disebabkan Kerajaan BN yang naikkan harga barang utama tanpa menghiraukan kesusahan rakyat. Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan menyeru semua peniaga supaya bangkit menolak pemerintahan BN _ Barisan Nasional. Selagi rakyat di bawah pemerintahan BN maka selagi itu kesusahan, keperitan, kemiskinan akan terus menghimpit rakyat. AYUH TOLAK BN DALAM PRU YANG AKAN DATANG!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.

Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus. Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.

Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

Perutusan Maal Hijrah dari Presiden PAS

>> Friday, December 10, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini.
Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010

Read more...

AYUH MUSLIMAT ....TERUS BANGKIT

Masa Berbulan Madu Sudah Berlalu

Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat. Media Umno BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din & Datuk Ishak Baharom.
PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukkan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat. Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.
Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.
Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk menerang atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja. Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.
Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang.
Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu" "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu" "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008. Kain ini mesti ditukar dalam masa dua minggu,dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media Umno.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP