Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI

>> Friday, June 24, 2011

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf (kiri) aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam.

"Lukisan itu menggambarkan kartun (seorang) wanita yang tidak dapat pembelaan sekiranya dibuktikan dengan empat orang saksi.

"Jelas menunjukkan bahawa ia berkaitan kesalahan menuduh orang melakukan zina dan bukannya kes rogol," katanya.

Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

"Mereka akan menyiasat perkara itu termasuk tulisan berbentuk lukisan kerana memang ada undang-undang yang setaraf dengan penghinaan yang dibuat, perkara ini juga sama seperti yang pernah berlaku di Denmark," kata Zailah.

Mahu siasat terperinci

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zailah juga berkata, kartun dalam lukisan kartunis Miki juga seolah-olah tidak memberi perlindungan kepada wanita yang di aniaya.

"Kita mengharapkan aduan ini disiasat dengan terperinci, dan diadili sepenuhnya. Kerana sampai hari ini mereka (Utusan) belum menarik balik permohonan maaf terhadap karikatur tersebut," katanya.

sumber: malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/167908

Read more...

PAS NS Buat Perubahan Menyeluruh

>> Wednesday, June 22, 2011

SEREMBAN, 22 Jun: PAS Negeri Sembilan membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.

"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13
dan keseimbangan peranan ahli di peringkat negeri dan kawasan," kata pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani (gambar).

Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai latar belakang, dari peneroka, pegawai kerajaan dan swasta, pekerja industri hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.

Mesyuarat pimpinan pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai timbalan pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.

Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Ustaz Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .

Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Ustaz Khairul Azlan bin Mazlan dan Cik Siti Faridah binti Abd Samad.

Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkiply Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.

Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.

sumber:harakahdaily
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/3947-pas-ns-buat-perubahan-menyeluruh

Read more...

WALK FOR DEMOCRACY

>> Tuesday, June 21, 2011



Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO’s yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai ”Walk For Democracy” atau ”Berjalan Untuk Demokrasi” pada 9 Julai 2011 akan datang.

DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011.


DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Dato Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.




http://drsitimariah.blogspot.com/2011/06/walk-for-democracy.html

Read more...

Majlis Minum Petang bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat



Satu majlis minum petang bersama YB Hjh Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) dan Sdra Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat) akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 3hb Julai 2011
Masa:2.30 petang
Tempat: di Markaz PAS, MTD Beranang

Anjuran:
HalWa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelebu dengan kerjasama HalWa MTD Lenggeng

TIKET HI-TEA (RM 5) boleh diperolehi daripada Pn Osnida 013-2689252 (Ketua Muslimat PAS Jelebu) @ Pn Normah 019-2857448 (Ketua Muslimat PAS MTD Lenggeng merangkap Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban)


Semua muslimat dan muslimat di jemput hadir.

Read more...

Muslimat Pas NS sepakat ke BERSIH 2

>> Monday, June 20, 2011





TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH:
• Bersihkan senarai undi
• Mereformasikan undi pos
• Gunakan dakwat kekal
• Akses media bebas & adil
• Masa berkempen minima 21 hari
• Kukuhkan institusi awam
• Hentikan rasuah
• Hentikan politik kotor

TEMPAT BERHIMPUN:
• Sogo
• Masjid Kampung Baru
• Bangunan DBKL

Read more...

PAS: Saf baru, tambah perkasa

>> Tuesday, June 7, 2011

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/seni-budaya/3693--pas-saf-baru-tambah-perkasa


Muktamar berlalu nada membara
Saf baru tambah perkasa
Membawa impi menawan Putrajaya
Langkah disusun menunggu jaya

Pimpinan terpilih penuh gaya
Tiada rasa hilang upaya
Jangan tertawan tipu daya
Helah musuh sudah diteka

Pemuda Muslimat Ulamak bersua
Dewan Himpunan turut berada
berkongsi usul dengan mesra
Tanda Pakatan maju sentiasa

Islam dibangun kebajikan dijaga
Rakyat dilindung tanpa prasangka
Berlain bangsa juga agama
Kerana Islam untuk semua

Budaya fitnah amalan dicerca
Jangan kita ikut sama
Bukan cara amlan kita
Itu semua Umno angkara

Ayuh bangkit pemuda bangsa
menentang arus ubah negara
Slogan dibina Pemuda beria
Jom Ubah tawan Putrajaya

Banyak kata tidak berpada
Ayuh bangkit jangan lupa
Sembilan Julai kita bersua
Himpunan Bersih cuci negara

Read more...

UNDI PROTES

>> Monday, June 6, 2011


Katakan TIDAK paa saman ekor. Katakan TIDAK pada BN untuk undi anada pada kali ini.


Dapatkan stiker anti saman ekor “1 SAMAN EKOR, 1 UNDI PROTES”

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (KASE) dengan harga RM 3 sekeping. Beli 4 pada harga RM10. Boleh didapati di Pejabat DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/06/dapatkan-stiker-anti-saman-ekor.html

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP