Muslimat PAS ajak Mashitah dialog

 KUALA LUMPUR , Dewan Muslimat  PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam  artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".
Mashitah dalam  tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya  menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak  bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan  arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.
Ketua  Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya  akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan  menunggu jawapan positif daripada Mashitah.
Athirah berkata,  Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan  semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti  oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.
"Dewan Muslimat ingin  menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara  terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.
"Samaada  dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana,  terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media  di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
sumber : (HarakahDaily) 
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Selasa 27 Sept 2011
Jam 8 malam
Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson
Pas Kawasan Rembau

CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU
Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah :
Mazlan Aliman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Norazman Mohamad
Kursus Pra-Perkahwinan
Kursus Pra Perkahwinan Islam :
Darul dedikasi Sdn Bhd
no 30 Jalan Bunga Raya 7 Pusat perniagaan senawang
Taman Tasik Jaya 70450 Seremban
06-6791925/ 06-7679905
Read more...Hubungi Kami
PEJABAT 
Pn. Fazilah Abu Samah
645 / 9 Taman Sema  (Tingkas Atas)
72000 Kuala Pilah, N.Sembilan
No. Tel :014 – 6261517
Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan
PENGENALAN DMPNS
Ketua-Ketua Muslimat PAS N.Sembilan sehingga 2011
1. Ustazah Ma’rifah Baidun2. Pn. Fatimah Jali
3. Pn. Latifah Harun
4. Pn. Rosminah Sarmani
5. Pn. Faridah Ismail
6. Pn. Fazilah Abu Samah (2009 - 2011) Read more...
Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan & Dakwah
            Organisasi LDP DMPNS 2011  |  |
| Pengerusi |  : Ukh. Siti Faridah Abd Samad |  
Timbalan Pengerusi  |  : Ukh. Atriza Umar  |  
Setiausaha  | : Ukh. Nuramina Redzuan  |  
| Unit Program |  : Ukh. Noor Faizah Ramly : Ukh. Nor Iszana Rosran  |  
| Unit Media/IT |  : Ukh. Siti Hajar Kamil |  
|   Ukh. Nurizzatulbalqis bt Umar |  |
| Unit Saudara Baru |  : Ukh. Siti Nur Hidayah Abdul Ghani |  
| Ketua Penerangana |  : Al Ukht. Aiman Athirah Al Jundi | 
| Pengarah Pilihan Raya Muslimat | : Puan Amizan Baharuddin |  
| Ahli Jawatankuasa Kerja | : YB. Hjh. Dr Halimah Ali Abdullah | 
Organisasi Pimpinan
Ahli Dewan Harian :
Ketua
Pn. Fazilah Abu Samah
Timbalan Ketua
Pn. Nurwani Ahmat
Naib Ketua
Pn. Azaiyah Mohammad
Setiausaha 
Pn. Norlina Md Jali
Pen. Setiausaha
Pn. Ruzeta Tumiran
Bendahari
Pn. Kamaliah
Ketua Penerangan
Siti faridah Abd Samad 
Pengarah Pilihanraya
Pn. Nurwani Ahmat
Sejarah Penubuhan Dewan Muslimat Pas
 1.0 SEJARAH PENUBUHAN    Penubuhan  Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu  merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai.  Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui  pada 3 April 1952.        Walau  bagaimanapun, Dewan Muslimat ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari  1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Mesyuarat  Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai. Ketika  itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir  oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi  membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu  peruntukan di bawah "Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS"  dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS.      2.0 VISI    "Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia Menerusi Tenaga Muslimat"         3.0 MISI    i) Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar; dan    ii) Melahirkan Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat.            4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN DEWAN MUSLIMAT    Beradasarkan cadangan asal penubuhan Dewan Muslimat yang dibuat oleh Ustaz Zabidi Hj Ali, penubuhan ini adalah untuk:    "  Mengelola dan memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian  tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan  Islam SeMalaya (PAS) dan berusaha meninggikan taraf kehormatan serta  memelihara maruah kaum wanita. Di samping, berikhtiar menjayakan  rancangan-rancangan kebajikan, pelajaran, didikan, kebersihan, kesihatan  dan iktisad."        Naskhah  asal Peraturan Dewan Muslimat yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung  PAS pada tahun 1966 bersamaan 1386 H menggariskan bahawa tujuan  penubuhan Dewan Muslimat adalah:    i) Menyatupadukan wanita-wanita Islam ke arah pembentukan perjuangan yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya;    ii)  Menanam dan menghidupkan jiwa dan semangat keIslaman sebenar agar  segenap ajaran dan petunjuk Islam menjadi amalan dalam penghidupan  wanita seharian;    iii) Berusaha memperbaiki nasib dan darjat penghidupan wanita-wanita Islam; dan    iv) Bekerjasama dengan ahli-ahli PAS lain untuk melaksanakan segala cita-cita dan tujuan PAS.        Pindaan  Perlembagaan PAS pada tahun 1973 menyaksikan bagaimana segala urusan  Dewan Muslimat telah disatukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru itu juga  maka objektif kewujudan Dewan Muslimat turut dipinda menjadi tugas-tugas  am yang disebutkan dalam Fasal 28 ceraian 3, pecahan ke (7). Fasal  tersebut menyatakan bahawa tujuan Dewan Muslimat ialah:    "Untuk  menyatukan tenaga Muslimat-Muslimat dalam negara ini bagi meluaskan  pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan  Muslimat sambil membentuk keperibadian mereka supaya menjadi Muslimat  yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta meyakinkan mereka  kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS."        5.0 STRUKTUR ORGANISASI (1953-2005)    Semenjak  Dewan Muslimat PAS ditubuhkan pada tahun 1953, seramai 10 orang  Muslimat telah dipilih untuk mengetuai saf kepimpinan Dewan tersebut.  Mereka ialah:     6.0 KEAHLIAN DEWAN MUSLIMAT    Asalnya,  ahli-ahli Dewan Muslimat ialah seluruh wanita Islam yang akil baligh  dengan syarat telah terpilih dahulu menjadi ahli PAS. Namun, selepas  Pindaan Perlembagaan PAS pada bulan Jun 1977, seseorang ahli Muslimat  PAS belum boleh dikatakan ahli kepada Dewan Muslimat melainkan seseorang  itu mendaftarkan dirinya menjadi ahli Dewan Muslimat mengikut kaedah  dan peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Kerja DMP.        Keahlian  DMP mula direkodkan pada tahun 1966 dan pada tahun tersebut seramai  8,182 orang ahli telah didaftarkan. Kini DMPP melalui unit IT, Lajnah  Penyelidikan & Pembangunan DMPP telahpun berjaya membina Pangkalan  Data Ahli DMPP serta sedang dalam proses pengemaskinian menyeluruh.  
       
         Tahun     Nama     Negeri Asal            1953     Puan Sharifah Rahmah     ?            1956-1960     Ustazah Siti Zubaidah Hj. Ali     Seberang Prai            1958     Ustazah Zaharah Othman     Selangor            1959-1962     Ustazah Salmah Sheikh Hussin     Pulau Pinang             1963-1964     Ustazah Sakinah Hj Junid     Perak            1965-1981     Puan Sri Sakinah Hj Junid     Perak            1981-1983     Puan Sri Sakinah Hj Junid     Perak            1983-1992     Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir     Kelantan            1992-2001     YB. Senator Hajjah Jamilah Ibrahim     Kedah            2001- 2003     Ustazah Fatimah Ibrahim     Terengganu            2003-2005     Ustazah Kalthom Othman     Kelantan            2005-2007     Ustazah Azizah Khatib Mat     Pahang            2007-Kini     Ustaza Nuridah Mohd Salleh     Pahang    

