5 Senjata Yahudi untuk Menjatuhkan Umat Islam

>> Friday, September 23, 2011



Pernah dengar mengenai 5S?? 5S merupakan salah satu senjata Yahudi untuk menjatuhkan umat islam.. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5S tu? Senjata apa yang dimaksudkan sebenarnya.. Kalau pada zaman Rasulullah saw dulu boleh la kita cakap yang peperangan berlaku dengan menggunakan pedang, panah dan sebagainya. Tapi sekarang, mereka menggunakan cara yang lebih halus untuk menjatuhkan umat islam iaitu dengan menggunakan 5s itu..

1. Sports
Kita tengok la sekarang. Sukan menjadi perkara penting dalam membangunkan nama negara. Bola sepak contohnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat meminati sukan bola sepak tak kira lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda.. Semuanya meminati bola sepak sehingga sanggup memenuhi stadium semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Yang paling menyedihkan, bila ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan solat. Inilah salah satu senjata yang Yahudi gunakan iaitu membiarkan umat Islam meninggalkan solat yang merupakan tiang kepada agama kita, agama Islam.

2. Song
Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan. Banyak hiburan yang melalaikan. Konsert sana sini. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan belia yang tak mengenal Allah. Mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan Islam di sisi mereka.

3. Sex
Kita tengok sahaja negara sekarang. Hampir setiap hari kita dengar ada kes pembuangan bayi. Mengandung luar nikah dan seterusnya anak-anak yang tak berdosa itu yang menjadi mangsa ibu bapa yang tak mengenal dosa dan pahala. Islam sendiri menyarankan umatnya menutup pintu zina dengan tidak melakukan pergaulan bebas. Tapi lihatlah sekarang, masalah sosial semakin menjadi-jadi.

4. Smoke
Bila ditanya kepada lelaki, kenapa mereka merokok.. Jawapan mereka merokok ni nampak macho. Walaupun dah keluar amaran dari pihak kesihatan yang menyatakan merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai lagi yang pilih untuk merokok. Kerajaan tak dapat menghentikan pengeluaran rokok sebab negara menambah keuntungan dengan rokok.

5. Sugar
Sebut saja KFC, McD, Pizza Hut.. Semua orang tau. Generasi sekarang lebih suka menikmati hidangan ini berbanding nasi lemak. Tak cukup dengan tu, dadah dan arak sekarang makin menjadi-jadi. Budak-budak sekolah pun dah mula terlibat dengan najis dadah ni.

Cuba kita perhatikan sekarang ni. 5S yang digunakan oleh pihak yahudi ni hampir berjaya untuk menjatuhkan umat Islam. Generasi kini hampir melupakan Islam. Malahan ada yang hanya Islam pada nama tetapi setiap tingkah lakunya bertentangan dengan Islam. Kemana hala tuju kita? Adakah kita pilih untuk diperangi oleh mereka? Atau memilih untuk menentang mereka. Persiapkan diri kita dengan ilmu agama agar kita pertahankan diri kita dari dijatuhkan oleh mereka.

Read more...

Muslimat PAS ajak Mashitah dialog




KUALA LUMPUR , Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

sumber : (HarakahDaily)

Read more...

Sambutan Hari Raya

>> Thursday, September 22, 2011


Read more...


JAMUAN IDIL FITRI
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Selasa 27 Sept 2011
Jam 8 malam
Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson
Semua dijemput hadir

Read more...

Pas Kawasan Rembau




CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU
Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah :
Mazlan Aliman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Norazman Mohamad

Read more...

Kursus Pra-Perkahwinan

Kursus Pra Perkahwinan Islam :

Darul dedikasi Sdn Bhd

no 30 Jalan Bunga Raya 7 Pusat perniagaan senawang

Taman Tasik Jaya 70450 Seremban

06-6791925/ 06-7679905

Read more...

Hubungi Kami

PEJABAT

Pn. Fazilah Abu Samah

645 / 9 Taman Sema (Tingkas Atas)

72000 Kuala Pilah, N.Sembilan

No. Tel :014 – 6261517

Read more...

Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan

PENGENALAN DMPNS

Dewan Muslimat PAS N.Sembilan (DMPNS) adalah kesinambungan Gerakan Muslimah di peringkat Negeri Sembilan. Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan telah didaftarkan pada tahun 1989 di Kampung Cacar , Kuala Jempol, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.

Ketua-Ketua Muslimat PAS N.Sembilan sehingga 2011

1. Ustazah Ma’rifah Baidun
2. Pn. Fatimah Jali
3. Pn. Latifah Harun
4. Pn. Rosminah Sarmani
5. Pn. Faridah Ismail
6. Pn. Fazilah Abu Samah (2009 - 2011)

Read more...

Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan & Dakwah


Organisasi LDP DMPNS 2011




Pengerusi
: Ukh. Siti Faridah Abd Samad

Timbalan Pengerusi

: Ukh. Atriza Umar

Setiausaha

: Ukh. Nuramina Redzuan


Unit Program
: Ukh. Noor Faizah Ramly
: Ukh. Nor Iszana Rosran


Unit Media/IT
: Ukh. Siti Hajar Kamil

Ukh. Nurizzatulbalqis bt Umar


Unit Saudara Baru
: Ukh. Siti Nur Hidayah Abdul Ghani


Ketua Penerangana
: Al Ukht. Aiman Athirah Al Jundi


Pengarah Pilihan Raya Muslimat : Puan Amizan Baharuddin


Ahli Jawatankuasa Kerja : YB. Hjh. Dr Halimah Ali Abdullah

Read more...

Organisasi Pimpinan

Ahli Dewan Harian :


Ketua
Pn. Fazilah Abu Samah

Timbalan Ketua
Pn. Nurwani Ahmat

Naib Ketua
Pn. Azaiyah Mohammad

Setiausaha
Pn. Norlina Md Jali

Pen. Setiausaha
Pn. Ruzeta Tumiran

Bendahari
Pn. Kamaliah

Ketua Penerangan
Siti faridah Abd Samad


Pengarah Pilihanraya
Pn. Nurwani Ahmat

Read more...

Sejarah Penubuhan Dewan Muslimat Pas

1.0 SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai. Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui pada 3 April 1952.

Walau bagaimanapun, Dewan Muslimat ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai. Ketika itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu peruntukan di bawah "Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS" dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS.



2.0 VISI

"Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia Menerusi Tenaga Muslimat"



3.0 MISI

i) Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar; dan

ii) Melahirkan Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat.



4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN DEWAN MUSLIMAT

Beradasarkan cadangan asal penubuhan Dewan Muslimat yang dibuat oleh Ustaz Zabidi Hj Ali, penubuhan ini adalah untuk:

" Mengelola dan memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dan berusaha meninggikan taraf kehormatan serta memelihara maruah kaum wanita. Di samping, berikhtiar menjayakan rancangan-rancangan kebajikan, pelajaran, didikan, kebersihan, kesihatan dan iktisad."

Naskhah asal Peraturan Dewan Muslimat yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS pada tahun 1966 bersamaan 1386 H menggariskan bahawa tujuan penubuhan Dewan Muslimat adalah:

i) Menyatupadukan wanita-wanita Islam ke arah pembentukan perjuangan yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya;

ii) Menanam dan menghidupkan jiwa dan semangat keIslaman sebenar agar segenap ajaran dan petunjuk Islam menjadi amalan dalam penghidupan wanita seharian;

iii) Berusaha memperbaiki nasib dan darjat penghidupan wanita-wanita Islam; dan

iv) Bekerjasama dengan ahli-ahli PAS lain untuk melaksanakan segala cita-cita dan tujuan PAS.

Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1973 menyaksikan bagaimana segala urusan Dewan Muslimat telah disatukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru itu juga maka objektif kewujudan Dewan Muslimat turut dipinda menjadi tugas-tugas am yang disebutkan dalam Fasal 28 ceraian 3, pecahan ke (7). Fasal tersebut menyatakan bahawa tujuan Dewan Muslimat ialah:

"Untuk menyatukan tenaga Muslimat-Muslimat dalam negara ini bagi meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan Muslimat sambil membentuk keperibadian mereka supaya menjadi Muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta meyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS."

5.0 STRUKTUR ORGANISASI (1953-2005)

Semenjak Dewan Muslimat PAS ditubuhkan pada tahun 1953, seramai 10 orang Muslimat telah dipilih untuk mengetuai saf kepimpinan Dewan tersebut. Mereka ialah:

Tahun Nama Negeri Asal
1953 Puan Sharifah Rahmah ?
1956-1960 Ustazah Siti Zubaidah Hj. Ali Seberang Prai
1958 Ustazah Zaharah Othman Selangor
1959-1962 Ustazah Salmah Sheikh Hussin Pulau Pinang
1963-1964 Ustazah Sakinah Hj Junid Perak
1965-1981 Puan Sri Sakinah Hj Junid Perak
1981-1983 Puan Sri Sakinah Hj Junid Perak
1983-1992 Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir Kelantan
1992-2001 YB. Senator Hajjah Jamilah Ibrahim Kedah
2001- 2003 Ustazah Fatimah Ibrahim Terengganu
2003-2005 Ustazah Kalthom Othman Kelantan
2005-2007 Ustazah Azizah Khatib Mat Pahang
2007-Kini Ustaza Nuridah Mohd Salleh Pahang


6.0 KEAHLIAN DEWAN MUSLIMAT

Asalnya, ahli-ahli Dewan Muslimat ialah seluruh wanita Islam yang akil baligh dengan syarat telah terpilih dahulu menjadi ahli PAS. Namun, selepas Pindaan Perlembagaan PAS pada bulan Jun 1977, seseorang ahli Muslimat PAS belum boleh dikatakan ahli kepada Dewan Muslimat melainkan seseorang itu mendaftarkan dirinya menjadi ahli Dewan Muslimat mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Kerja DMP.

Keahlian DMP mula direkodkan pada tahun 1966 dan pada tahun tersebut seramai 8,182 orang ahli telah didaftarkan. Kini DMPP melalui unit IT, Lajnah Penyelidikan & Pembangunan DMPP telahpun berjaya membina Pangkalan Data Ahli DMPP serta sedang dalam proses pengemaskinian menyeluruh.

Read more...

>> Wednesday, August 10, 2011


Read more...

Pas utama program kebajikan

>> Wednesday, July 20, 2011



KUALA PILAH – Pas Kuala Pilah terus membantu dan mempergiat gerak kerja kebajikan rakyat, di sini demi kesejahteraan bersama.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, mereka bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan masalah rakyat miskin di Kuala Pilah yang masih lagi pada tahap belum memuaskan.

Menurutnya, rakyat miskin di Kuala Pilah adalah tertinggi berbanding daerah lain di Negeri Sembilan.

“Sebanyak 24 peratus daripada jumlah kadar kemiskinan di Negeri Sembilan seperti dikeluarkan Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.

“Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, Pas Kuala Pilah giat melaksanakan program Kebajikan Bersepadu dalam membantu masyarakat memerlukan,” katanya.

Zaharuddin berkata, program bersepadu itu adalah kesinambungan program sebelum ini.

“Salah satunya ialah program turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas dan ibu tunggal.

“Di samping itu, kami akan membuka Pusat Khidmat di markas Pas Kuala Pilah dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima serta menangani masalah yang dihadapi masyarakat setempat di DUN tersebut,” katanya.

Malah katanya, program bersepadu itu juga melibatkan khidmat sosial seperti gotong-royong membersihkan kawasan rumah, membaiki komputer, khidmat tuisyen dan lain-lain.

“Program ini selaras dengan motto Negara Berkebajikan yang didukung Pas dan merupakan penterjemahan secara praktikal makna motto tersebut.

“Pas prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik serta akan terus membantu mereka agar dapat merasai hidup lebih bermakna sama seperti rakyat lain,” katanya.

Justeru itu, sebagai permulaan, Pas Kuala Pilah telah turun padang memberikan sumbangan kepada individu di DUN Senaling.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Abd Karim Shahimi Abd Razak; Bendahari Pas Kawasan Kuala Pilah Shaharudin Abd Rahman; Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan, Noorbibah Mahmud dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Pilah. Rosidi Yusof.

Sinar Harian turut difahamkan, sumbangan ini akan diteruskan secara berkala dan akan dipergiatkan pada Ramadan yang akan datang serta membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9354374.asp

Read more...

Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI

>> Friday, June 24, 2011

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf (kiri) aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam.

"Lukisan itu menggambarkan kartun (seorang) wanita yang tidak dapat pembelaan sekiranya dibuktikan dengan empat orang saksi.

"Jelas menunjukkan bahawa ia berkaitan kesalahan menuduh orang melakukan zina dan bukannya kes rogol," katanya.

Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

"Mereka akan menyiasat perkara itu termasuk tulisan berbentuk lukisan kerana memang ada undang-undang yang setaraf dengan penghinaan yang dibuat, perkara ini juga sama seperti yang pernah berlaku di Denmark," kata Zailah.

Mahu siasat terperinci

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zailah juga berkata, kartun dalam lukisan kartunis Miki juga seolah-olah tidak memberi perlindungan kepada wanita yang di aniaya.

"Kita mengharapkan aduan ini disiasat dengan terperinci, dan diadili sepenuhnya. Kerana sampai hari ini mereka (Utusan) belum menarik balik permohonan maaf terhadap karikatur tersebut," katanya.

sumber: malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/167908

Read more...

PAS NS Buat Perubahan Menyeluruh

>> Wednesday, June 22, 2011

SEREMBAN, 22 Jun: PAS Negeri Sembilan membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.

"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13
dan keseimbangan peranan ahli di peringkat negeri dan kawasan," kata pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani (gambar).

Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai latar belakang, dari peneroka, pegawai kerajaan dan swasta, pekerja industri hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.

Mesyuarat pimpinan pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai timbalan pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.

Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Ustaz Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .

Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Ustaz Khairul Azlan bin Mazlan dan Cik Siti Faridah binti Abd Samad.

Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkiply Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.

Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.

sumber:harakahdaily
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/3947-pas-ns-buat-perubahan-menyeluruh

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP