MEYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU

>> Monday, February 22, 2010

InsyaAllah, mesyuarat Agung DMPKR akan diadakan seperti berikut;-

Tarikh:- 14 MAr 2010
Tempat: Teratak Amal Kota, N.Sembilan
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Perasmi:- Dr. Asiah Ali

Read more...

Harga Minyak akan naik???

>> Sunday, February 21, 2010

Kenaikan harga minyak pd 1 Mei nanti pasti menambahkan satu lagi beban kepada rakyat Malaysia. Mekanisme subsidi yang bakal diumum pada bulan Mac nanti belum tentu dapat meringankan beban rakyat. Tahniah! Satu lagi hadiah 1 Malaysia buat rakyat Malaysia!
Gusar saya dibuatnya pabila memikirkan golongan yang kurang berkemampuan yang rata2x ibarat kais pagi makan pagi...kais petang makan petang. Ada seorang rakan yang mengeluh memandangkan gaji suami hanya RM1,500 sebulan. Bagaimana nak tampung kos berikut selepas 1 Mei?
  1. Pas bulanan bas/ van sekolah untuk 3 org anak (sekarang RM 40 seorang). Lepas 1 Mei...?
  2. Belanja dapur yang sebelum ini RM 70 seminggu X 4 minggu = RM 280 (bila minyak naik, harga barang dapur pasti naik)
  3. Duit minyak suami ke tempat kerja yang sebelum ini RM 200 sebulan dengan menaiki motor
  4. Belanja sekolah 3 org anak yg sebelum ini RM 1 seorang dan jika minyak naik pasti harga jualan dikantin turut naik

Ini tidak termasuk lagi bayaran sewa rumah, kereta, bil2x bulanan dan sebagainya. Nampaknya kami suami isteri kena ikat perut dan saya kena bekerja sambilan untuk bantu suami.

Ini baru keluhan 1 daripada beribu lagi keluhan yang mungkin kita dengar. Bagaimana para ibu di Malaysia ini mampu membina rumahtangga yang bahagia kerana dalam waktu yang sama turut memikirkan agenda mencari rezeki yang hakikatnya adalah tanggungjawab suami. Konsep 1 Malaysia bertambah menghimpit rakyat dan slogan mendahulukan rakyat perlulah ditukar " RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK SUSAH "

Read more...

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010.
Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.

Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara. Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan. Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.
Di antara fakta sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu. Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.

Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri. PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu. Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.
PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.
PAS menghargai jasa anggota keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu. PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

Muslimat Pas tabur bakti....

>> Saturday, February 13, 2010

Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Pas Cawangan Tasik Jaya telah meneruskan aktiviti Jom Sekolahkan mereka dengan membuat gotong royong 3P - Pengasingan , Pembersihan dan Perapian ke atas semua sumbangan barangan sekolah terpakai seperti baju sekolah , seluar sekolah , baju kurung sekolah , beg sekolah dan kasut sekolah.
Berita dan maklumat lanjut di
Aktiviti ini juga telah di siarkan oleh akhbar SINAR pada 4 Feb 2010. Moga bantuan yang sedikit ini dapat meringankan bebanan ibubapa yang mempunyai tanggungan yang ramai serta tidak berkemampuan membeli peralatan persekolahan.

Read more...

Munaqashah MUSLIMAT PAS NS

>> Friday, February 12, 2010

Alhamdulilllah... dengan izin Allah SWT, pada 7 Feb 2010 yang lepas, Program Munaqashah Ucapan Dasar Dewan Muslimat Pas Pusat bagi Muslimat PAS Negeri Sembilan telah berjaya diadakan di Dewan D'Ark, Senawang.Pembentangan Munaqashah telah disampaikan oleh Pn. Salbiah Abd Wahab yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat. Pn. Salbiah telah membentangkan dengan cukup baik akan peranan Muslimat yang perlu dimainkan dalam memastikan tema "Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat" dapat direalisasikan.
Semua Muslimat digesa untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan oleh Muslimat dalam mengerakkan dakwah terutamnya dalam organisasi PASTI, masjid, surau, jawatankuasa penduduk dan NGOs2x.
Di samping itu sebagai pendakwah, ahli mahupun pimpinan ; semua Muslimat sewajarnya pandai mengagihkan masa dan menfaatkan segala ruang yang ada untuk bekerja dan menyampaikan mesej dakwah.

Program 1/2 hari yang dilaksanakan oleh Lujnah Penerangan Dewan Muslimat PAS N.Sembilan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau ini turut diselitkan dengan taklimat isu2x semasa dan pelancaran laman blog DMPNS iaitu http://muslimatpasn9.blogspot.com

Read more...

JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI

>> Saturday, February 6, 2010

Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang
Kupon RM 30 seorang
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

Read more...

Nasir Bukti Umno Parti Perkauman, Dakwa Di Mahkamah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertegas untuk mendesak pihak Polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina dinegara ini.

PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini. Selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian.

PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergeluman dengan parti perkauman Umno. Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum.

Walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya. Jika Pegawai yang rapat dengan beliau boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasan Najib terhadap dasar berkenaan.

Jika apa yang Nasir lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan pasti mereka sudah dipenjarakan dengan akta ISA. PAS tetap menolak akta ISA dan akta Hasutan. PAS mahu Nasir didakwa segera di Mahkamah.

Jika para Blogger yang menghina Institusi Beraja dinegara ini bioleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN, KAWASAN DAN DEWAN-DEWAN

Berikut merupakan Jadual Mesyuarat Agung Peringat Cawangan-Cawangan,Kawasan-Kawasan, Dewan-Dewan dan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke- 56 2010

Read more...

Muslimat PAS diseru tentang agenda perkauman

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Muslimat diseru mengatur strategi bagi memulakan langkah menentang sebarang agenda perkauman di negara ini.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan dakwah Muslimat (LPDM) Aiman Athirah berkata, LPDM memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini kerana UMNO BN sedang mewujudkan api perkauman di kalangan masyarakat.

Usaha jahat itu jika tidak dibendung dari sekarang tegasnya, akan memberikan kesan buruk kepada Pakatan Rakyat Khususnya dan rakyat umumnya.

Perkauman juga katanya sedang digunakan oleh UMNO BN sebagai senjata bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

“Dalam penerangan dan dakwah ini salah satu yang kita kena sebut ialah jihad menentang perkauman.Belum ada orang yang mengungkapkannya.

“Muslimat PAS mesti mengembleng seluruh tenaga ke arah usaha ini,” katanya sewaktu menyampaikan taklimat dalam program retreat LPD Wilayah Persekutuan di Pejabat Pasti Pusat, Batu Caves, dekat sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, LPD turut memikul beban besar untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada ahli bagi mengelakkan mereka dipesongkan dengan maklumat palsu dari media pro UMNO BN.

“Dasar penerangan dan dakwah ialah menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Berdasarkan fakta, sebanyak 7 trilion maklumat disalurkan dalam masa satu saat.

“Di setiap rumah ada tv dan radio dan maklumat songsang daripada UMNO BN datang sepanjang mas, 24 jam.Jadi tugas kita memastikan maklumat yang disalurkan mereka tidak mempengaruhi pemikiran masyarakat,” tegasnya kepada kira-kira 50 orang peserta yang hadir.

Beliau turut mencadangkan LPD Wilayah mengadakan program berbentuk wacana kepada ahli secara bulanan bagi membincangkan isu semasa sebagai pengetahuan kepada ahli untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Saya cadangkan LPD Wilayah buat wacan asetiap bulan supaya kita sentiasa dibekalkan dengan maklumat sebelum menyampaikannya kepda orang luar.

“Kalau kita tak tahu macammana kita nak sampaikan kepada orang lain,” ujarnya.

Retreat LPD Wilayah merupakan retreat keempat anjuran LPD Muslimat dalam siri jelajahnya ke setiap negeri bagi memberikan penerangan kepada ahli lajnah berkenaan.

Hadir merasmikan program sehari itu ialah Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.phpoption=com_content&view=article&id=24016:muslimat-pas-diseru-tentang-agenda-perkauman&catid=1:utama&Itemid=50

Read more...

Muslimat PAS berpotensi MENANG

>> Monday, February 1, 2010


Pada tahun 2008, seramai 12 orang muslimat PAS telah bertanding sama ada di kerusi Parlimen mahupun DUN. Daripada 12 kerusi, 7 kerusi telah berjaya dimenangi oleh pimpinan Muslimat PAS. Bermakna lebih 50% mandat rakyat telah diberikan kepada PAS. Adakah bilangan calon muslimat pada masa akan datang akan bertambah?
Sama-sama kita tingkatkan gerak kerja...turun ke akar umbi untuk menyampaikan mesej dakwah dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP