Sejarah

1. PENGENALAN DMPNS

Dewan Muslimat PAS N.Sembilan (DMPNS) adalah kesinambungan Gerakan Muslimah di peringkat Negeri Sembilan. Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan telah didaftarkan pada tahun 1989 di Kampung Cacar , Kuala Jempol, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.

2. SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai. Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui pada 3 April 1952.

Walau bagaimanapun, Dewan Muslimat ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai. Ketika itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu peruntukan di bawah "Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS" dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS.

3. VISI PENUBUHAN DEWAN MUSLIMAT

"Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia dan di Negeri Sembilan khususnya Menerusi Tenaga Muslimat"

4. MISI PENUBUHAN DEWAN MUSLIMAT

i) Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar; dan

ii) Melahirkan Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat.

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP