Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI

>> Friday, June 24, 2011

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf (kiri) aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam.

"Lukisan itu menggambarkan kartun (seorang) wanita yang tidak dapat pembelaan sekiranya dibuktikan dengan empat orang saksi.

"Jelas menunjukkan bahawa ia berkaitan kesalahan menuduh orang melakukan zina dan bukannya kes rogol," katanya.

Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

"Mereka akan menyiasat perkara itu termasuk tulisan berbentuk lukisan kerana memang ada undang-undang yang setaraf dengan penghinaan yang dibuat, perkara ini juga sama seperti yang pernah berlaku di Denmark," kata Zailah.

Mahu siasat terperinci

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zailah juga berkata, kartun dalam lukisan kartunis Miki juga seolah-olah tidak memberi perlindungan kepada wanita yang di aniaya.

"Kita mengharapkan aduan ini disiasat dengan terperinci, dan diadili sepenuhnya. Kerana sampai hari ini mereka (Utusan) belum menarik balik permohonan maaf terhadap karikatur tersebut," katanya.

sumber: malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/167908

0 comments:

..
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP