Muslimat NS dinobatkan pemenang Anugerah Ibu Terpilih

>> Wednesday, June 9, 2010

Pn Hjh Hamrah bt Ismail telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Ibu Terpilih bagi ketegori Ibu Surirumahtangga sempena Majlis Hi-Tea Anugerah Ibu terpilih yang dikendalikan oleh Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat. Sekalung TAHNIAH dan penghargaan diucapkan kepada Pn Hjh Hamrah diatas kemenangan dan sekaligus mengharumkan nama muslimat N.Sembilan.



Pn Hjh Hamrah telah mengalahkan 10 orang peserta yang dicalonkan oleh setiap negeri-negeri. Untuk makluman, Pn Hjh Hamrah mempunyai 8 orang anak dan majoriti anak-anaknya merupakan orang kuat dan pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri. Antara anak beliau ialah Sdra Rahim, SU PAS Jempol dan Ustaz Abdul Hadi, orang kuat pemuda NSembilan serta beberapa orang lagi yang aktif diperingkat kawasan. Meskipun bergelar ibu SURIRUMAH dan tidak pernah bekerja, beliau berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Anugerah telah disampaikan oleh Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Menteri Besar Kelantan di Perdana Beach Resort petang tadi. Antara pemenang lain ialah Pn Rokiah bt Abdullah dari Terenggganu bagi kategori Ibu Pengasuh Anak OKU dan Pn Zaharah bt Isa dari Kelantan bagi kategori Ibu Berkerjaya.
Muslimat Negeri Sembilan iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS NS, Pn Fazilah; Naib Ketua DMPNS, Pn Rosenadiah dan Ketua Penerangan DMPNS, Pn Nur Wani sempat bergambar bersama Pn Hjh Hamrah dan Dr. Halimah Ali sewaktu Hi-Tea.

3 comments:

Anonymous June 9, 2010 at 3:45 AM  

Makcik Hamrah..tahniah. Tahniah juga kat anak2x makcik yang berjaya

Anonymous June 9, 2010 at 11:23 AM  

Rasenya ada sedikit pembetulan, beliau bukan ibu tunggal tetapi mempunyai suami yang turut sama dalam perjuangan iaitu Ustaz Mohd Isa. Tahniah Makcik Hamrah. Takbir Allahu Akbar

Mutiara NS June 12, 2010 at 4:32 AM  

DMPNS. Maaf atas kesilapan. Telah dperbetulkan. Ibu surirumah sepenuh masa dan tidak pernah bekerja

..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP