Fasal 72 - Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Kawasan

>> Saturday, March 27, 2010

(1) Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya
sekali dalam setahun sebelum daripada berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Negeri itu. Satu notis hendaklah dihantar kepada
ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh muktamar hendak diadakan.
(2) Mesyuarat Agung Khas Dewan Muslimat PAS Kawasan bolehlah diadakan beberapa kali
dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan atau satu pertiga daripada Jawatankuasa Kerja Muslimat PAS Cawangan dalam Kawasan itu. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
(3) Ahli bagi Mesyuarat Agung Tahunan/Khas Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah:
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-Cawangan.
(d) Tidak lebih dari lima orang Muslimat PAS Cawangan yang dilantik di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan -cawangan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah
satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah Pengerusi
Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiaptiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan yang ada pemilihan.

(6) Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan berkuasa mengangkat tidak lebih tiga orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih tujuh wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri.

0 comments:

..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP