Pengawasan ketat terhadap remaja bukan penyelesaiannya

>> Wednesday, April 28, 2010

Gejala sosial yang berlaku di Malaysia semakin kritikal terutamanya kes-kes yang melibatkan remaja yang merupakan generasi pemimpin pada masa hadapan. Isu ini telah dibahaskan bertahun-tahun lamanya oleh pimpinan kerajaan, badan-badan NGO, namun penyelesaiannya masih belum menampakkan hasil.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang meminta ibubapa melakukan pengawasan yang ketat terhadap anak remaja mereka sebagai pendekatan yang boleh mengurangkan risiko, bukanlah satu penyelesaikan terbaik. Dalam banyak kes, ibubapa sering menjadi ’mangsa’ sesuatu kesalahan itu diletakkan. Adakah remaja, generasi terkini tanggungjawab institusi keluarga sahaja? Ada yang kata bukan salah ibu mengandung maka siapakah yang harus dipersalahkan?

Cuba kita bayangkan keadaan sesetengah ibubapa yang bekerja siang malam mencari rezeki untuk hidup di zaman ekonomi yang cukup kritikal ini. Ada diantara mereka yang bekerja shift malam atau bekerja lebih masa untuk mencari lebihan pendapatan. Adalah cukup sukar bagi mereka mengawal aktiviti anak-anak disebelah malam jika dalam waktu yang sama terpaksa menjalankan tanggugjawab mencari rezeki menampung kehidupan seharian. Tambahan pula jika hidup di bandar-bandar besar yang membuka 1001 peluang hiburan untuk remaja-remaja melakukan aktiviti tidak bermoral.

Dalam konteks gejala sosial dan jenayah yang cukup kronik masa kini, semua pihak sering menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan ’ramuan terbaik’ untuk mengurangkan dan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang wujud. ’Ramuan terbaik’ itu tak lain dan tak bukan hanyalah kembali kepada Islam.

Kementerian pendidikan perlu menghasilkan ’formula’ terbaik silibus pendidikan supaya anak-anak ini dikenalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mewujudkan lebih banyak program kesedaran yang mengunakan ’ramuan terbaik’ mengikut acuan Islam agar ibubapa dapat diterangkan tentang peranan mereka mendidik anak-anak mengikut kaedah Islam. Kementerian Belia dan Sukan perlu memikirkan ’resepi’ yang berlandaskan syarak’ bagi menarik remaja untuk aktif dalam aktiviti sukan dan kesenian. Apa yang kita lihat masa kini, remaja-remaja kita bergaul bebas dalam aktiviti sukan dan hiburan yang melampau. Majoriti remaja masa kini telah sesat jalan dan adanya yang telah rosak aqidah kerana hilangnya pegangan tentang ajaran agama.

Kementerian Penerangan perlu memastikan program-program hiburan yang dipaparkan tidak menggalakkan anak-anak remaja ke arah perlakuan maksiat. Banyak program-program hari ini mendedahkan kehidupan bebas remaja yang mengikut trend semasa dan majoriti ’idol’ yang ditonjolkan sama sekali tidak mengikut cara hidup Islam yang betul. Selain itu, anak-anak sekarang lebih dimomokkan untuk takut dengan ’hantu’ melalui drama-drama seram dan ngeri berbanding takutkan Allah dan Pencipta mereka. Remaja sekarang lebih mudah percaya apa yang ada di kaca TV dari percaya dengan nasihat ibubapa dan guru.

Jika semua pihak menjadikan Islam sebagai POLISI atau DASAR dalam perlaksanaan sesuatu program, aktiviti dan pelan tindakan; maka sudah pastinya gejala sosial dan jenayah yang menghantui kita selama ini dapat dikurangkan dan seterusnya dibasmi sebaik yang mungkin.

Lantaran itu sekali lagi saya menyeru kepada semua pihak sama ada ibubapa, pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat agar menjadikan ISLAM sebagai ’formula’ atau ’ramuan terbaik’ terbaik mengatasi sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama membawa anak-anak kita, remaja kita yang telah sesat jalan untuk kembali menghati ajaran Islam. Ingatlah dan renungkanlah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w buat ummatnya "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Nurwani Ahmat
Ketua Penerangan DMPNS

Read more...

KARAOKE WANITA ISLAM

>> Tuesday, April 27, 2010


PERTANDINGAN SUARA NISA - PESONA

TARIKH : 1 MEI 2010 / SABTU
MASA : 8.30 pagi - 6.00 petang
TEMPAT : Plaza MARA, Ampangan, Negeri Sembilan

ACARA :
1. PERTANDINGAN NYANYIAN : Solo dan berkumpulan
2. EKSPO AURA UNGU : Pameran berkaitan NISA, jualan makanan dan pakaian

SEMUA DIJEMPUT HADIR
- EKPO AURA UNGU Terbuka kepada Semua
- PERTANDINGAN NYANYIAN hanya dibuka untuk tontonan Muslimat sahaja

Read more...

TERIMA KASIH KEPADA JENTERA HALWA

Ucapan terima kasih kepada semua jentera HalWa Negeri Sembilan dan petugas yang telah berkhidmat sepanjang PRK P094. Semoga Allah terus memperteguhkan iman dan semangat untuk kita terus berjuang di jalanNYA. Barakallahufikum

Pengarah Pilihanraya
Siti Faridah Abd Samad

Read more...

Hijaukan bumi anda

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Bersama Lajnah Pertanian Menghijaukan Bumi.. Bersama memberi komen dan pandangan anda di blog. Lajnah Pertanian :http://lajnahpertanian.blogspot.com/

atau emailkan pandangan dan kritikan anda di :.laj.pertaniandmpp@gmail.com

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan petua, pandangan mengenai bercucuk tanam dan sebarang esei untuk dimuatturunkan ke blog Laj.Pertanian Muslimat.

Read more...

PEMANTAUAN PEJABAT DMK

>> Monday, April 26, 2010


Program pemantauan pejabat Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan akan diteruskan untuk tahun ke -2. Program ini merupakan program anjuran Lujnah Politik dan Organisasi yang bertujuan untuk melihat sistem pengurusan pejabat yang dilaksanakan disetiap kawasan.

Pada tahun lalu anugerah "pengurusan pejabat" ini telah dimenangi oleh DMK Kuala Pilah diikuti oleh DMPK Tampin dan DMPK Rembau.

Pada tahun ini pemantauan akan dilakukan pada 1 & 2 Mei untuk semua Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan. Pemenang DMPK akan menerima anugerah pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 8 Mei nanti.
InsyaAllah, semoga Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan terus maju ke hadapan dengan sistem pengurusan yang lebih teratur dan sistematik.

Read more...

Resepi untuk berjaya dalam UMNO?

>> Monday, April 19, 2010

Jika anda ingin lebih mengenali calon anda di Parlimen P.94 Hulu Selangor ini, ayuh baca buku karya beliau yang berjudul "SAYA PUN MELAYU". Buku setebal 320 muka surat ini menceritakan zaman kecil beliau, penglibatan beliau dari awal dlm UMNO , pandangan tentang UMNO, Mahathir dan masa depan orang Melayu. Antara topik yang turut dimuatkan ialah resepi untuk berjaya dalam UMNO dan benarkah UMNO yang membela nasib Melayu? Mengapa beliau keluar UMNO? Adakah UMNO tidak relevan lagi masa kini? Jom baca buku yang terlaris di Malaysia ini.



Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak. http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/dato-zaid-ibrahim-calon-prk-p94-hulu.html

Read more...

PAS Mahu Jentera Pakatan Fokus Gempur Hulu Selangor

>> Thursday, April 15, 2010

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya kalangan anggota dan penyokong PAS untuk memberikan fokus sepenuhnya bagi mengempur Parlimen Hulu Selangor.
Pas mahu setiap anggota parti, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat-Datuk Zaid Ibrahim.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah peluang terbaik untuk menegur kelemahan pentadbiran Kerajaan serta membongkar kezaliman BN. PAS berharap agar jentera Pakatan turun ke setiap rumah-rumah pengundi untuk menyampaikan maklumat sebenar terhadap situasi negara kini, disamping mendengar sendiri luahan hati rakyat yang dizalimi BN selama ini.

Peluang pilihanraya kali ini juga harus dimanfaatkan oleh jentera PAS untuk menyampaikan dakwah Islam serta memberikan kesedaran kepada rakyat untuk lebih mendekati Islam yang sebenarnya.

PAS menyeru agar seluruh jentera yang turun di Hulu Selangor agar dapat menunjukan komitmen dan akhlak yang baik, disamping mengelakkan provokasi yang boleh memburukan imej Pakatan. PAS yakin Hulu Selangor akan kekal ditangan Pakatan dan para pengundi wajib mengambil peluang ini untuk keluar mengundi calon Pakatan-Datuk Zaid Ibrahim.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

Jangan biar Israel kacau rumahtangga kita

>> Wednesday, April 14, 2010

Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan menyeru kepada semua wanita dan kaum ibu agar memastikan dan berusaha sedapat mungkin supaya produk-produk Yahudi dan Israel ini tidak bertapak di dalam tubuh dan di dalam rumahtangga kita.

Jangan bawa masuk produk Isreal ini ke dalam rumahtangga kita. JANGAN BELI!
Usah dicalit tubuh yang cantik dengan produk-produk Isreal ....

1.Coca-Cola
2.Johnson n Johnson
3.Kotex
4.Arsenal
5.Kitkat
6.StarVision
7.CNN
8.IBM
9.Levis
10.Kraft
INGAT...YAHUDI MASIH MERATAH DAGING SAUDARA KITA DI PALESTIN...
ADAKAH KITA MASIH INGIN BERDIAM DIRI???
TAK DAPAT BOIKOT SEMUA...JANGAN TAK BOIKOT LANGSUNG!!!

Lain-lain senarai produk Israel & Yahudi di

Read more...

Konsert Aura Unggu 2010

>> Monday, April 12, 2010

Nisa' Malaysia akan menganjurkan Karnival Aura Ungu 2010 bertempat di Kompleks Kebudayaan Shah Alam pada 21 dan 22 Mei 2010. Selain ekspo, Pertandingan nyanyian peringkat akhir , kami juga ada konsert menarik untuk anda menampilkan Aishah dan Heliza sebagai artis jemputan !!
Tempah tiket anda di http://kau2010.webnisa.net
dengan hanya RM5 sahaja!! Berita lanjut di http://www.webnisa.net/v2/
Untuk peringkat N.Sembilan, pertandingan akhir Pesona Nisa' akan diadakan pada 1 Mei 2010.

Read more...

Wanita Malaysia perlu berani pertahankan hak dan maruah seperti Datin Paduka Chew Mei Fun

>> Thursday, April 8, 2010

Sekalung tahniah wajar diberikan kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas keberanian beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan kerana mempertahankan hak dan maruah golongan wanita. Keputasan beliau yang diumumkan di media masa semalam mandapat sokongan daripada ramai perwakilan wanita MCA.

Meskipun berbeza pandangan politik, tindakan beliau seharusnya dipuji kerana beliau sanggup meninggalkan jawatan penting di dalam kabinet dan parti kerana tidak dapat menerima pemimpin yang merendahkan martabat kuam wanita. Kami Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan merasa bangga sekiranya mempunyai seorang Menteri wanita dan Senator yang berwibawa seperti beliau yang mana sanggup mempertahankan hak wanita di Malaysia tanpa mengira batasan agama dan pegangan politik.
.
Saya menyeru semua golongan wanita di Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan dan pujian kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas tindakan berani beliau yang luar biasa. Keberaniannya sehingga sanggup mengenepikan pangkat dan kepentingan diri semata-mata berpegang teguh dengan prinsip, seharusnya dicontohi oleh semua golongan wanita. Ayuh kita pertahankan hak dan maruah wanita sejajar dengan kehendak Islam yang telah mengangkat darjat kaum wanita sepadan dengan lelaki.

Nur Wani Ahmad
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Berita lanjut di Utusan online.

Read more...

Bila wanita bertudung menyanyi...

>> Saturday, April 3, 2010

Kenapa buat program nyayian di Masjid? Bolehkah wanita bertudung menyanyi? Ada penonton lelaki ke? OK ke muslimat menyanyi? Pelbagai pertanyaan yang timbul. Apapun..tahniah kepada adik2x Nisa Rembau yang berjaya menjalankan program PESONA NISA semalam.


================================
Tahniah kepada adik-adik Nisa' Rembau yang telah berjaya menganjurkan Program PESONA NISA' di Masjid Bandar Baru Senawang. Program ini adalah untuk mencungkil bakat remaja Muslimah yang berpotensi di dalam bidang nyayian untuk diketengahkan melalui saluran yang dibenarkan syarak.

berita lanjut di
http://nurmutiara.blogspot.com/2010/04/pesona-nisa-yang-mempersonakan.html

Read more...

PAS bantah MEB hapuskan kuota bumiputra

>> Thursday, April 1, 2010

Parti Islam-Se-Malaysia (PAS) terkejut dengan pendedahan pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk kuota bumiputra.

Tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara dimana Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus bumiputra dan bukan bumiputra akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus.PAS menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat dinegara ini akan menjadi 'hamba' yang berkerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing dimasa hadapan.Pengkhianatan Umno-Bn yang menghapuskan kuota bumiputra dan bukan bumiputra ini tidak boleh dimaaf.
PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak bumiputra dan rakyat bukan bumiputra dinegara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus.
Pas yakin kalau perkara penghapusan kuota bumiputera ini disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demontrasi jalanan oleh abdi umno dari kalangan NGO dan pembodek umno. Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti umno dan Profesor umno macam cicak makan kapur.

PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Malaysia. Tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti POS Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang.Jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen ini juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat.

Seharusnya dasar sepenting ini dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar ini.Umno-BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat dinegara ini. Malaysia tidak kekurangan pelabur dan pemodal tempatan. Seharusnya kuota itu dikekalkan bagi memberikan peluang kepada mereka agar tidak melabur diluar negara. PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota bumiputra dan bukan bumiputra yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warganegara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP