Wanita Malaysia perlu berani pertahankan hak dan maruah seperti Datin Paduka Chew Mei Fun

>> Thursday, April 8, 2010

Sekalung tahniah wajar diberikan kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas keberanian beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan kerana mempertahankan hak dan maruah golongan wanita. Keputasan beliau yang diumumkan di media masa semalam mandapat sokongan daripada ramai perwakilan wanita MCA.

Meskipun berbeza pandangan politik, tindakan beliau seharusnya dipuji kerana beliau sanggup meninggalkan jawatan penting di dalam kabinet dan parti kerana tidak dapat menerima pemimpin yang merendahkan martabat kuam wanita. Kami Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan merasa bangga sekiranya mempunyai seorang Menteri wanita dan Senator yang berwibawa seperti beliau yang mana sanggup mempertahankan hak wanita di Malaysia tanpa mengira batasan agama dan pegangan politik.
.
Saya menyeru semua golongan wanita di Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan dan pujian kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas tindakan berani beliau yang luar biasa. Keberaniannya sehingga sanggup mengenepikan pangkat dan kepentingan diri semata-mata berpegang teguh dengan prinsip, seharusnya dicontohi oleh semua golongan wanita. Ayuh kita pertahankan hak dan maruah wanita sejajar dengan kehendak Islam yang telah mengangkat darjat kaum wanita sepadan dengan lelaki.

Nur Wani Ahmad
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Berita lanjut di Utusan online.

0 comments:

..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP