Hubungi Kami
>> Thursday, September 22, 2011
PEJABAT
Pn. Fazilah Abu Samah
645 / 9 Taman Sema (Tingkas Atas)
72000 Kuala Pilah, N.Sembilan
No. Tel :014 – 6261517
PEJABAT
Pn. Fazilah Abu Samah
645 / 9 Taman Sema (Tingkas Atas)
72000 Kuala Pilah, N.Sembilan
No. Tel :014 – 6261517
Organisasi LDP DMPNS 2011 | |
| Pengerusi | : Ukh. Siti Faridah Abd Samad |
Timbalan Pengerusi | : Ukh. Atriza Umar |
Setiausaha | : Ukh. Nuramina Redzuan |
| Unit Program | : Ukh. Noor Faizah Ramly : Ukh. Nor Iszana Rosran |
| Unit Media/IT | : Ukh. Siti Hajar Kamil |
| Ukh. Nurizzatulbalqis bt Umar | |
| Unit Saudara Baru | : Ukh. Siti Nur Hidayah Abdul Ghani |
| Ketua Penerangana | : Al Ukht. Aiman Athirah Al Jundi |
| Pengarah Pilihan Raya Muslimat | : Puan Amizan Baharuddin |
| Ahli Jawatankuasa Kerja | : YB. Hjh. Dr Halimah Ali Abdullah |
Ahli Dewan Harian :
Ketua
Pn. Fazilah Abu Samah
Timbalan Ketua
Pn. Nurwani Ahmat
Naib Ketua
Pn. Azaiyah Mohammad
Setiausaha
Pn. Norlina Md Jali
Pen. Setiausaha
Pn. Ruzeta Tumiran
Bendahari
Pn. Kamaliah
Ketua Penerangan
Siti faridah Abd Samad
Pengarah Pilihanraya
Pn. Nurwani Ahmat
1.0 SEJARAH PENUBUHAN Penubuhan Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai. Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui pada 3 April 1952. Walau bagaimanapun, Dewan Muslimat ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai. Ketika itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu peruntukan di bawah "Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS" dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS. 2.0 VISI "Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia Menerusi Tenaga Muslimat" 3.0 MISI i) Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar; dan ii) Melahirkan Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat. 4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN DEWAN MUSLIMAT Beradasarkan cadangan asal penubuhan Dewan Muslimat yang dibuat oleh Ustaz Zabidi Hj Ali, penubuhan ini adalah untuk: " Mengelola dan memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dan berusaha meninggikan taraf kehormatan serta memelihara maruah kaum wanita. Di samping, berikhtiar menjayakan rancangan-rancangan kebajikan, pelajaran, didikan, kebersihan, kesihatan dan iktisad." Naskhah asal Peraturan Dewan Muslimat yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS pada tahun 1966 bersamaan 1386 H menggariskan bahawa tujuan penubuhan Dewan Muslimat adalah: i) Menyatupadukan wanita-wanita Islam ke arah pembentukan perjuangan yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya; ii) Menanam dan menghidupkan jiwa dan semangat keIslaman sebenar agar segenap ajaran dan petunjuk Islam menjadi amalan dalam penghidupan wanita seharian; iii) Berusaha memperbaiki nasib dan darjat penghidupan wanita-wanita Islam; dan iv) Bekerjasama dengan ahli-ahli PAS lain untuk melaksanakan segala cita-cita dan tujuan PAS. Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1973 menyaksikan bagaimana segala urusan Dewan Muslimat telah disatukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru itu juga maka objektif kewujudan Dewan Muslimat turut dipinda menjadi tugas-tugas am yang disebutkan dalam Fasal 28 ceraian 3, pecahan ke (7). Fasal tersebut menyatakan bahawa tujuan Dewan Muslimat ialah: "Untuk menyatukan tenaga Muslimat-Muslimat dalam negara ini bagi meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan Muslimat sambil membentuk keperibadian mereka supaya menjadi Muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta meyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS." 5.0 STRUKTUR ORGANISASI (1953-2005) Semenjak Dewan Muslimat PAS ditubuhkan pada tahun 1953, seramai 10 orang Muslimat telah dipilih untuk mengetuai saf kepimpinan Dewan tersebut. Mereka ialah: 6.0 KEAHLIAN DEWAN MUSLIMAT Asalnya, ahli-ahli Dewan Muslimat ialah seluruh wanita Islam yang akil baligh dengan syarat telah terpilih dahulu menjadi ahli PAS. Namun, selepas Pindaan Perlembagaan PAS pada bulan Jun 1977, seseorang ahli Muslimat PAS belum boleh dikatakan ahli kepada Dewan Muslimat melainkan seseorang itu mendaftarkan dirinya menjadi ahli Dewan Muslimat mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Kerja DMP. Keahlian DMP mula direkodkan pada tahun 1966 dan pada tahun tersebut seramai 8,182 orang ahli telah didaftarkan. Kini DMPP melalui unit IT, Lajnah Penyelidikan & Pembangunan DMPP telahpun berjaya membina Pangkalan Data Ahli DMPP serta sedang dalam proses pengemaskinian menyeluruh.
Tahun Nama Negeri Asal 1953 Puan Sharifah Rahmah ? 1956-1960 Ustazah Siti Zubaidah Hj. Ali Seberang Prai 1958 Ustazah Zaharah Othman Selangor 1959-1962 Ustazah Salmah Sheikh Hussin Pulau Pinang 1963-1964 Ustazah Sakinah Hj Junid Perak 1965-1981 Puan Sri Sakinah Hj Junid Perak 1981-1983 Puan Sri Sakinah Hj Junid Perak 1983-1992 Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir Kelantan 1992-2001 YB. Senator Hajjah Jamilah Ibrahim Kedah 2001- 2003 Ustazah Fatimah Ibrahim Terengganu 2003-2005 Ustazah Kalthom Othman Kelantan 2005-2007 Ustazah Azizah Khatib Mat Pahang 2007-Kini Ustaza Nuridah Mohd Salleh Pahang

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.
Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf (kiri) aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam.
"Lukisan itu menggambarkan kartun (seorang) wanita yang tidak dapat pembelaan sekiranya dibuktikan dengan empat orang saksi.
"Jelas menunjukkan bahawa ia berkaitan kesalahan menuduh orang melakukan zina dan bukannya kes rogol," katanya.
Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
"Mereka akan menyiasat perkara itu termasuk tulisan berbentuk lukisan kerana memang ada undang-undang yang setaraf dengan penghinaan yang dibuat, perkara ini juga sama seperti yang pernah berlaku di Denmark," kata Zailah.
Mahu siasat terperinci
Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.
Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zailah juga berkata, kartun dalam lukisan kartunis Miki juga seolah-olah tidak memberi perlindungan kepada wanita yang di aniaya.
"Kita mengharapkan aduan ini disiasat dengan terperinci, dan diadili sepenuhnya. Kerana sampai hari ini mereka (Utusan) belum menarik balik permohonan maaf terhadap karikatur tersebut," katanya.
sumber: malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/167908
SEREMBAN, 22 Jun: PAS Negeri Sembilan membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.
"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13
dan keseimbangan peranan ahli di peringkat negeri dan kawasan," kata pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani (gambar).
Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai latar belakang, dari peneroka, pegawai kerajaan dan swasta, pekerja industri hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.
Mesyuarat pimpinan pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai timbalan pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.
Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Ustaz Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .
Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Ustaz Khairul Azlan bin Mazlan dan Cik Siti Faridah binti Abd Samad.
Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkiply Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.
Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.
Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.
Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.
sumber:harakahdaily
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/3947-pas-ns-buat-perubahan-menyeluruh
http://drsitimariah.blogspot.com/2011/06/walk-for-democracy.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/seni-budaya/3693--pas-saf-baru-tambah-perkasa
Dialog & Ramah Mesra Muslimat Negeri 9 Bersama Mahasiswa Muslimat & bekas Mahasiswa Muslimat Luar Negara
Tarikh:27 Febuari 2011 (Ahad)
Masa: 9 Pagi
Tempat: Pejabat PASTI, bangunan Uda, Ampangan
Maklumkan penyertaan dan SEBARKAN.
Sumber : http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com/
© Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP