Sampul wang PAS

>> Saturday, July 31, 2010

Sempena kedatangan Ramadhan & Syawal yang bakal menyusul, Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan ada menjual sampul wang yang berharga RM1 sepeket. Kepada yg ingin membeli sampul ini bolehlah menghubungi AJK DMPNS iaitu Pn Masita Ali 019-2655059 atau Pn Wani 013-3851202 . STOK ADALAH TERHAD!

Dikesempatan menghadapi bulan Ramdahan ini, marilah kita perbanyakkan sedekah dan sampul ini boleh digunakan sebagai tanda PAS for ALL...PAS prihatin dll. Jom sebarkan syiar Islam.

Read more...

Liqa' Fikri DMPKR Siri-4

>> Wednesday, July 7, 2010

Liqa' Fikri Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau untuk Siri yang ke-4 2010 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 17 Julai 2010
Masa: Selepas Maghrib (8.00 malam)
Tempat: Pasti AMAL Taman Marida Senawang
Naqibah: Prof. Madya Dr. Asiah Ali (Exco DMPP & AJK Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat)
Tajuk: AMANAH: ANTARA TUGAS & JAMAAH

Semua pimpinan & ahli muslimat Rembau, guru-guru Pasti Rembau, serta isteri pimpinan dijemput hadir.

Read more...

Pesanan isteri Tuan Guru kepada muslimat

>> Friday, June 25, 2010

Ingin DMPNS imbas akan ucapan isteri Tuan Guru Mursyidul Am iaitu Datin Sabariah yang telah berkongsi pengalaman dan tips kepada semua Muslimat. Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang telah bergelar isteri kepada seorang Yang Berhormat ketika berusia 17tahun, satu usia yang cukup muda. Sungguhpun begitu beliau berjaya menjadi seorang isteri yang hebat dikacamata suaminya.

Datin Sabariah memaklumkan kepada Muslimat; apabila suami kita menjadi Yang Berhormat suami kita adalah hak rakyat yang lebih memerlukan. Dan beliau berpesan kepada Muslimat yang mempunyai suami bergelar YB atau bakal YB agar memastikan suaminya sentiasa kelihatan hebat di mata masyarakat. Jagalah 3 perkara untuk suami kita yang tercinta iaitu...

1. Pakaiannya
2. Makan minumnya
3. Tempat tidurnya

Read more...

Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 50

>> Wednesday, June 16, 2010

Tahniah kepada semua perwakilan muslimat PAS kawasan-kawasan yang telah hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali yang ke-50. Tema muktamar pada kali ini ialah Muslimat: Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah.
Usia yang menginjak ke 50 tahun ini sudah pastinya membawa banyak perubahan besar kepada perjuangan PAS. Dalam tempoh 50 tahun inilah, muslimat telah menjadi tiang seri yang penting dalam perjuangan. Semoga semua Muslimat dapat memainkan peranan penting didalam masyarakat bagi merealisasikan tema muktamar tahun ini.



Suasana muktmar di Dewan Duyong, Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu Kelantan.


Perwakilan muslimat Pas Kawasan Kuala Pilah


Read more...

Muslimat NS dinobatkan pemenang Anugerah Ibu Terpilih

>> Wednesday, June 9, 2010

Pn Hjh Hamrah bt Ismail telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Ibu Terpilih bagi ketegori Ibu Surirumahtangga sempena Majlis Hi-Tea Anugerah Ibu terpilih yang dikendalikan oleh Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat. Sekalung TAHNIAH dan penghargaan diucapkan kepada Pn Hjh Hamrah diatas kemenangan dan sekaligus mengharumkan nama muslimat N.Sembilan.



Pn Hjh Hamrah telah mengalahkan 10 orang peserta yang dicalonkan oleh setiap negeri-negeri. Untuk makluman, Pn Hjh Hamrah mempunyai 8 orang anak dan majoriti anak-anaknya merupakan orang kuat dan pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri. Antara anak beliau ialah Sdra Rahim, SU PAS Jempol dan Ustaz Abdul Hadi, orang kuat pemuda NSembilan serta beberapa orang lagi yang aktif diperingkat kawasan. Meskipun bergelar ibu SURIRUMAH dan tidak pernah bekerja, beliau berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Anugerah telah disampaikan oleh Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Menteri Besar Kelantan di Perdana Beach Resort petang tadi. Antara pemenang lain ialah Pn Rokiah bt Abdullah dari Terenggganu bagi kategori Ibu Pengasuh Anak OKU dan Pn Zaharah bt Isa dari Kelantan bagi kategori Ibu Berkerjaya.
Muslimat Negeri Sembilan iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS NS, Pn Fazilah; Naib Ketua DMPNS, Pn Rosenadiah dan Ketua Penerangan DMPNS, Pn Nur Wani sempat bergambar bersama Pn Hjh Hamrah dan Dr. Halimah Ali sewaktu Hi-Tea.

Read more...

SELAMAT BERMUKTAMAR BUAT MUSLIMAT PAS

>> Tuesday, June 8, 2010


SEMOGA SELAMAT PERGI KE KELANTAN DAN SELAMAT KEMBALI KE NEGERI SEMBILAN

Read more...

RTM bantu YB Pakatan Rakyat

>> Thursday, May 27, 2010


RTM sejak dulu...kini dan selamanya asyik menyerang pembangkang. Tak habis-habas cerita yang menunjukkan kononnya rakyat tertindas, tidak dipedulikan, sengsara di bawah naungan negeri Pakatan Rakyat. Dalam slot SUARA RAKYAT yang sentiasa dipaparkan dalam Berita Nasional waktu perdana, banyak memfokuskan masalah yang dihadapai rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Yang selalu dihentam adalah kerajaan Negeri Selangor....selepas Selangor....P.Pinang, selepas Penang...Kedah pula menyusul, kemudian Kelantan. Memang kadang kala saya naik muak mendengar cerita yang dibawakan. Tak habis-habis nak mengutuk kerajaaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Bila memikirkan sumber maklumat yang ingin diketahui, nak tak nak...saya tonton juga Berita Nasional di TV1.

Namun bila saya fikirkan balik, bagus juga RTM buat macam ini. Kita patut ucap terima kasih kepada RTM kerana sanggup turun ke ceruk rantau mencari berita-berita sensasi.Mencari keluarga-keluarga miskin di negeri Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya YB yang ada di DUN-DUN berkenaan tahu ditempat mana nak fokus...dimana nak turun dan dimana nak serahkan bantuan. RTM secara tak lansung telah bantu YB yang berada di negeri PR. TERIMA KASIH RTM kerana memudahkan urusan YB PR. PAS patut ambil peluang ini dan bertindak segera bila ada sahaja berita yang dipaparkan di DUN masing-masing.

Apa yang musykil, RTM yang kononnya milik 1Malaysia nampaknya jadi milik mutlak BN. ikuti pandangan pelajar berikut yg berada di UAE.
http://1426.blogspot.com/2009/04/rtm-milik-dan-untuk-rakyat-malaysia.html

Read more...

PROGRAM UNTUKMU WANITA

22 Mei 2010, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah meraikan kaum wanita yang bergelar ibu dan guru dalam satu program UNTUKMU WANITA. Alhamdulillah, dalam program tersebut 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan berbentuk barangan, cenderahati Hari Ibu dan wang tunai hasil sumbangan para dermawan.

Turut hadir Pn Fazilah Abu Samah, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Sembilan, Cik Kumutha, Mrs Yau; isteri kelab penyokong PAS, Pengerusi Biro Wanita ISMA dan ibu tunggal yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Berita lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2010/05/sepetang-bersama-untukmu-wanita.html

Read more...

PIMPINAN PAS ZIARAH REMAJA MANGSA TEMBAK

>> Tuesday, May 25, 2010

Kepimpinan PAS Negeri Sembilan (NS) melawat mangsa dan keluarga mangsa di HTJ . Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS NS, Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS NS, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ketua Muslimat PAS NS, Fazilah Abu Samah dan Kordinator Kelab Penyokong PAS NS, Yau Con Seng.Turut hadir Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Read more...

MUKTAMAR DMPNS

>> Wednesday, May 5, 2010

TARIKH: 8 Mei 2010 (SABTU)
MASA: 9pagi
TEMPAT: Muassasash Darul Shariff, Batu Kikir Jempol
PERASMI: Dr. Rosni Adam (EXCO DMPP)

Semua ahli DMPNS dijemput hadir.

Read more...

SALAM TAKZIAH BUAT PN HANIZA

Seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS N.Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada Pn Hanizah di atas kehilangan ibu yang tercinta. Kami mendoakan semoga arwah ibunda beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin. AL-FATIHAH
Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPNS

Read more...

Pengawasan ketat terhadap remaja bukan penyelesaiannya

>> Wednesday, April 28, 2010

Gejala sosial yang berlaku di Malaysia semakin kritikal terutamanya kes-kes yang melibatkan remaja yang merupakan generasi pemimpin pada masa hadapan. Isu ini telah dibahaskan bertahun-tahun lamanya oleh pimpinan kerajaan, badan-badan NGO, namun penyelesaiannya masih belum menampakkan hasil.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang meminta ibubapa melakukan pengawasan yang ketat terhadap anak remaja mereka sebagai pendekatan yang boleh mengurangkan risiko, bukanlah satu penyelesaikan terbaik. Dalam banyak kes, ibubapa sering menjadi ’mangsa’ sesuatu kesalahan itu diletakkan. Adakah remaja, generasi terkini tanggungjawab institusi keluarga sahaja? Ada yang kata bukan salah ibu mengandung maka siapakah yang harus dipersalahkan?

Cuba kita bayangkan keadaan sesetengah ibubapa yang bekerja siang malam mencari rezeki untuk hidup di zaman ekonomi yang cukup kritikal ini. Ada diantara mereka yang bekerja shift malam atau bekerja lebih masa untuk mencari lebihan pendapatan. Adalah cukup sukar bagi mereka mengawal aktiviti anak-anak disebelah malam jika dalam waktu yang sama terpaksa menjalankan tanggugjawab mencari rezeki menampung kehidupan seharian. Tambahan pula jika hidup di bandar-bandar besar yang membuka 1001 peluang hiburan untuk remaja-remaja melakukan aktiviti tidak bermoral.

Dalam konteks gejala sosial dan jenayah yang cukup kronik masa kini, semua pihak sering menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan ’ramuan terbaik’ untuk mengurangkan dan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang wujud. ’Ramuan terbaik’ itu tak lain dan tak bukan hanyalah kembali kepada Islam.

Kementerian pendidikan perlu menghasilkan ’formula’ terbaik silibus pendidikan supaya anak-anak ini dikenalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mewujudkan lebih banyak program kesedaran yang mengunakan ’ramuan terbaik’ mengikut acuan Islam agar ibubapa dapat diterangkan tentang peranan mereka mendidik anak-anak mengikut kaedah Islam. Kementerian Belia dan Sukan perlu memikirkan ’resepi’ yang berlandaskan syarak’ bagi menarik remaja untuk aktif dalam aktiviti sukan dan kesenian. Apa yang kita lihat masa kini, remaja-remaja kita bergaul bebas dalam aktiviti sukan dan hiburan yang melampau. Majoriti remaja masa kini telah sesat jalan dan adanya yang telah rosak aqidah kerana hilangnya pegangan tentang ajaran agama.

Kementerian Penerangan perlu memastikan program-program hiburan yang dipaparkan tidak menggalakkan anak-anak remaja ke arah perlakuan maksiat. Banyak program-program hari ini mendedahkan kehidupan bebas remaja yang mengikut trend semasa dan majoriti ’idol’ yang ditonjolkan sama sekali tidak mengikut cara hidup Islam yang betul. Selain itu, anak-anak sekarang lebih dimomokkan untuk takut dengan ’hantu’ melalui drama-drama seram dan ngeri berbanding takutkan Allah dan Pencipta mereka. Remaja sekarang lebih mudah percaya apa yang ada di kaca TV dari percaya dengan nasihat ibubapa dan guru.

Jika semua pihak menjadikan Islam sebagai POLISI atau DASAR dalam perlaksanaan sesuatu program, aktiviti dan pelan tindakan; maka sudah pastinya gejala sosial dan jenayah yang menghantui kita selama ini dapat dikurangkan dan seterusnya dibasmi sebaik yang mungkin.

Lantaran itu sekali lagi saya menyeru kepada semua pihak sama ada ibubapa, pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat agar menjadikan ISLAM sebagai ’formula’ atau ’ramuan terbaik’ terbaik mengatasi sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama membawa anak-anak kita, remaja kita yang telah sesat jalan untuk kembali menghati ajaran Islam. Ingatlah dan renungkanlah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w buat ummatnya "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Nurwani Ahmat
Ketua Penerangan DMPNS

Read more...

KARAOKE WANITA ISLAM

>> Tuesday, April 27, 2010


PERTANDINGAN SUARA NISA - PESONA

TARIKH : 1 MEI 2010 / SABTU
MASA : 8.30 pagi - 6.00 petang
TEMPAT : Plaza MARA, Ampangan, Negeri Sembilan

ACARA :
1. PERTANDINGAN NYANYIAN : Solo dan berkumpulan
2. EKSPO AURA UNGU : Pameran berkaitan NISA, jualan makanan dan pakaian

SEMUA DIJEMPUT HADIR
- EKPO AURA UNGU Terbuka kepada Semua
- PERTANDINGAN NYANYIAN hanya dibuka untuk tontonan Muslimat sahaja

Read more...

TERIMA KASIH KEPADA JENTERA HALWA

Ucapan terima kasih kepada semua jentera HalWa Negeri Sembilan dan petugas yang telah berkhidmat sepanjang PRK P094. Semoga Allah terus memperteguhkan iman dan semangat untuk kita terus berjuang di jalanNYA. Barakallahufikum

Pengarah Pilihanraya
Siti Faridah Abd Samad

Read more...

Hijaukan bumi anda

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Bersama Lajnah Pertanian Menghijaukan Bumi.. Bersama memberi komen dan pandangan anda di blog. Lajnah Pertanian :http://lajnahpertanian.blogspot.com/

atau emailkan pandangan dan kritikan anda di :.laj.pertaniandmpp@gmail.com

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan petua, pandangan mengenai bercucuk tanam dan sebarang esei untuk dimuatturunkan ke blog Laj.Pertanian Muslimat.

Read more...
..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP