Muslimat PAS diseru tentang agenda perkauman

>> Saturday, February 6, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Muslimat diseru mengatur strategi bagi memulakan langkah menentang sebarang agenda perkauman di negara ini.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan dakwah Muslimat (LPDM) Aiman Athirah berkata, LPDM memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini kerana UMNO BN sedang mewujudkan api perkauman di kalangan masyarakat.

Usaha jahat itu jika tidak dibendung dari sekarang tegasnya, akan memberikan kesan buruk kepada Pakatan Rakyat Khususnya dan rakyat umumnya.

Perkauman juga katanya sedang digunakan oleh UMNO BN sebagai senjata bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

“Dalam penerangan dan dakwah ini salah satu yang kita kena sebut ialah jihad menentang perkauman.Belum ada orang yang mengungkapkannya.

“Muslimat PAS mesti mengembleng seluruh tenaga ke arah usaha ini,” katanya sewaktu menyampaikan taklimat dalam program retreat LPD Wilayah Persekutuan di Pejabat Pasti Pusat, Batu Caves, dekat sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, LPD turut memikul beban besar untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada ahli bagi mengelakkan mereka dipesongkan dengan maklumat palsu dari media pro UMNO BN.

“Dasar penerangan dan dakwah ialah menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Berdasarkan fakta, sebanyak 7 trilion maklumat disalurkan dalam masa satu saat.

“Di setiap rumah ada tv dan radio dan maklumat songsang daripada UMNO BN datang sepanjang mas, 24 jam.Jadi tugas kita memastikan maklumat yang disalurkan mereka tidak mempengaruhi pemikiran masyarakat,” tegasnya kepada kira-kira 50 orang peserta yang hadir.

Beliau turut mencadangkan LPD Wilayah mengadakan program berbentuk wacana kepada ahli secara bulanan bagi membincangkan isu semasa sebagai pengetahuan kepada ahli untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Saya cadangkan LPD Wilayah buat wacan asetiap bulan supaya kita sentiasa dibekalkan dengan maklumat sebelum menyampaikannya kepda orang luar.

“Kalau kita tak tahu macammana kita nak sampaikan kepada orang lain,” ujarnya.

Retreat LPD Wilayah merupakan retreat keempat anjuran LPD Muslimat dalam siri jelajahnya ke setiap negeri bagi memberikan penerangan kepada ahli lajnah berkenaan.

Hadir merasmikan program sehari itu ialah Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.phpoption=com_content&view=article&id=24016:muslimat-pas-diseru-tentang-agenda-perkauman&catid=1:utama&Itemid=50

0 comments:

..
Powered by Blogger.

Lorem Ipsum

© 2010 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Blog ini dikendalikan oleh Lujnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di bawah Unit IT DMPNS. Segala maklumat boleh disalurkan ke halwan9@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP